Saturday, January 26, 2013

Perkataan Allah Dalam Bible- LUAHAN




Hai...
sejak akhir-akhir ni banyak isu tentang penggunaan perkataan "Allah" dalam bible..pertama-tama, saya hanya menyampaikan pendapat saya sahaja.... kalau ada yang terasa mohon dimaafkan... Sebagai seorang kristian saya sangat kecewa dengan bantahan dari pelbagai pihak terutamanya ahli-ahli politik. Ada pula timbul isu baru2 yang mereka mengesa agar Alkitab dibakar... apa maksudnya semua tu? kata tidak mau menyinggung perasaan orang kristian, tetapi sudah menyakiti..tdk perlu lah berdolak-dalik lagi. Kalau kata sudah diucapkan memanglah niatnya ada.

Menurut seorang Ahli tertinggi PAS, konon Allah hanya untuk Tuhan yang satu. Kristian pun menyembah Tuhan yang satu. Bukan 3 Tuhan seperti yang didakwa beliau. Mereka tidak faham tentang maksud Tri-Tunggal iaitu Allah yang satu, punya 3 peribadi... Dan tentang ini mereka tidak akan faham selama-lamanya sebab memang ini satu misteri yang mereka tidak mampu fahami.

Ada juga yang curiga kenapa umat kristian menuntut penggunaan Allah dalam bible. Mereka kata Allah hanya untuk umat mereka sahaja. Kenapa perlu curiga? kenapa tidak dari dulu lagi kamu mau curiga... setelah berabad-abad lamanya kami guna perkataan tu.. lepas tu senang-senang mau mansuhkan. Kononya takut umat mereka terpengaruh dengan ajaran kristian, takut umat mereka keliru...Mungkin sebab mereka sedar umat-umat mereka ni ramai yang cetek ilmunya tentang ajaran islam.  Masalah Pokoknya kalau umat mereka kuat pegangan dan akidah agama, mereka pasti tidak akan terpengaruh dengan apa-apa ajaran kalau tetap berpegang kepada agama mereka. Jadi penyelesaiannya bukan memansuhkan perkataan Allah dalam bible tapi menguatkan iman umat-umat mereka.. Hah..yang imam2 tu takkan mau duduk diam, buatlah sesuatu untuk umat kamu supaya kuat agama...

Lagipun Alkitab ni hanya untuk kalangan sendiri ya, saya tegaskan KRISTIAN sahaja... jadi kalau ada umat kamu yang pergi baca bible tu, itu bukan masalah kami.. dalam setiap nota atau risalah pun saya percaya penulis pasti meletakkan untuk umat kristian sahaja.. Jadi, tiada istilah kami cuba mempengaruhi umat-umat Islam sekalian.

Oklah , rasanya itu sahaja luahan saya tentang hal ni. Kalau ada yang terguris maafkan saya, ini hanya sekadar luahan dan pendapat. Semoga Tuhan menunjukkan jalan untuk setiap apa yang berlaku saat ini. Saya berdoa supaya umat islam diberikan kerendahan hati dan tidak hanya terlalu menuntut hak mereka sahaja. Yesus sendiri mengajarkan tentang KASIH, kepada umat Kristian Kasihilah musuhmu.. itu yang terpenting. Kalau Tuhan di pihak kita siapalah lawan kita. Fikir-fikirkanlah....

No comments:

Post a Comment