Wednesday, June 26, 2013

Doa yang didengar

Shalom.
Rasanya sudah lama tidak update post dalam blog saya ni. Sibuk dengan hal-hal yang lain dan tiada masa untuk menulis dalam blog ni. Hari ni barulah saya ada masa dan teringat untuk menulis blog.  Hari ni saya mau share tentang DOA. D-O-A singkatan yang sesuai untuk "Didengar - Oleh - Allah". The Basic truth on prayer ialah pasti didengar. Allah kita adalah Allah yang mendengar doa. Doa bukanlah doa kalau tidak didengar. Ia adalah satu cara kita untuk berkomunikasi dengan Allah Bapa di Syurga. It is our privilege atau hak keistimewaan yang dianugerahkan Tuhan kepada setiap umat-Nya. Setiap kita dipanggil untuk berkomunikasi dengan Allah jadi wajarlah kita menggunakan peluang ini untuk selalu berdoa kepada Tuhan dan menyatakan segala isi hati kita. 

Orang yang tidak berdoa samalah seperti tiada Allah di dalam hidupnya. Setiap hari dijalani tanpa berkomunikasi dengan Tuhan, tanpa ucapan syukur dan tanpa bertanya kepada Tuhan akan rencana-Nya di dalam hidup kita. Doa hanya dipanjatkan pula pada masa-masa darurat atau "emergency"atau kata lain bila susah baru jumpa TUHAN. Kadang-kadang kita memberi alasan tiada masa untuk berdoa. Seringkali, bangun sahaja dari tidur kita terus melakukan hal-hal rutin seperti bersiap ke tempat kerja/kuliah/sekolah atau membuat kerja-kerja rumah tanpa memulainya dengan mengucap syukur kepada Tuhan atas perlindungan-Nya dan nafas baru yang dianugerahkan kepada kita serta kesempatan hidup yang masih diberikan kepada kita. Doa seharusnya menjadi perkara pertama dan terakhir yang kita lakukan setiap hari iaitu semasa kita bangun dan sebelum kita tidur. 

Kadang-kadang kita merasakan bahawa doa kita tidak didengar oleh Tuhan, oleh sebab kita merasa telah menunggu terlalu lama. Tapi janganlah kita merasa khuatir atau risau kerana Tuhan pasti menjawab doa kita "ON TIME". Terkadang "ON-TIME"  itu adalah LAST MINUTE tetapi tepat pada waktunya. Yeremia 29:11 mengatakan "Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman TUHAN, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan". Yes 55:8-9 pula lebih khusus mengatakan "Sebab rancangan-Ku bukanlah rancanganmu dan jalanmu bukanlah jalan-Ku demikianlah firman Tuhan. Seperti tingginya langit dari bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku dari jalanmu dan rancangan-Ku dari rancanganmu. Hari ini belajarlah untuk mengerti rencana Tuhan dalam hidup kita. Rancangan Tuhan untuk kita adalah rancangan damai sejahtera dan bukannya rancangan kecelakaan, dan kerana itu tetaplah mengucap syukur atas apa yang telah kita terima saat ini. Ingatlah bahawa Tuhan punya waktu sendiri untuk menjawab doa kita. Mungkin apa yang kita doakan tidak dijawab pas seperti apa yang kita mahukan tetapi Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Walau apapun jawapan Tuhan atas doa kita, terimalah itu dengan iman dan hati terbuka serta ucapan syukur dan jangan pula kita memaksa Tuhan untuk memenuhi keinginan hati kita. Mungkin sekarang kita tidak mengerti tetapi satu hari kita pasti akan sangat-sangat bersyukur kepada Tuhan kerana menjawab doa kita demikian. Ingatlah bahawa Tuhan memberikan kita hari depan yang penuh harapan dan mengertilah bahawa rancangan Tuhan lebih agung daripada rancangan kita. 

"Banyak berdoa, banyak berkat,
  Kurang berdoa, kurang berkat,
  Tidak Berdoa tiada berkat."

God bless you.