Monday, April 30, 2012

Pencuri Biskut




Suatu malam, seorang wanita sedang menunggu penerbangan d ruang menunggu. Dia mempunyai beberapa jam sebelum masa berlepasnya tiba. Untuk mengisi waktunya, dia membeli buku dan sebungkus biskut di sebuah kedai di dalam lapangan terbang, lalu mencari tempat duduk.
Sambil duduk wanita tersebut memakan biskut yang baru dibelinya. Dalam keasyikan, dia melihat seorang lelaki di sebelahnya dengan begitu berani mengambil satu demi satu biskut yang berada di tengah-tengah antara tempat duduk mereka berdua.
Wanita tersebut cuba mengabaikan agar tidak timbul kekecohan. Dia membaca sambil memakan biskut dan melihat jam di tangannya. Sementara si “pencuri biskut” yang berani itu menghabiskan biskutnya.
Waktu berlalu dan wanita itu semakin kesal. Wanita itu sempat berfikir, “kalau saya bukan orang baik, sudah tentu saya marah dia di depan semua orang”.
Setiap dia mengambil satu biskut, si lelaki itu juga mengambilnya. Wanita itu menghela nafas lega saat penerbangannya diumumkan, dan ia segera mengumpul barang-barang miliknya dan menuju ke pintu berlepas.
Ia naik pesawat dan duduk di kerusinya, lalu mencari buku yang hampir selesai dibacanya. Saat dia menyelongkar begnya, ia menarik nafas kerana terkejut. Ternyata di dalm begnya ada bungkusan biskut yang dibelinya. “aik, biskut saya ada di sini, jadi biskut yang tadi sya makan milik siapa? Milik lelaki itu?
Aduh, sudah terlambat untuk meminta maaf. Dia tersandar dan berasa sedih. Sesungguhnya sayalah yang bersalah dalam hal ini, tidak tahu berterima kasih dan ternyata sayalah “pencuri biskut” itu.
kisah pencuri biskut seperti tadi sering terjadi di dalam hidup kita. Kita sering berprasangka dan melihat orang lain dengan kaca mata kita sendiri, dan jarang sekali berprasangka baik. Orang lainlah yang selalu bersalah, orang lain patut disingkirkan, orang lain yang tdk tahu diri, orang lain yang berdosa, orang lain yang selalu buat masalah.
Kita sering mengalami hal di atas, kita sering berfikir bahawa kita paling benar, kita paling suci, kita paling tinggi, kita paling pintar.
Sejak detik ini, bolehkah kita memulai untuk rendah hati? Dan tidak lagi menjadi “pencuri biskut” yang teriak “pencuri” kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment