Pagi ni, saya baca satu renungan dalam buku pedoman harian, Tajuk besar artikel ni
" Kata-kata Kejam".. saya tertarik dengan tajuk ni...mungkin sebab ia seolah-olah menyindir dan menegur saya....(huhu....)
Sebahagian artikel menulis begini:
"Penulis Kitab Amsal menggambarkan orang yang tidak bijak sebagai orang yang mengucapkan kata-kata pedas melukai hati seperti tikaman pedang" Lidah kita boleh menjadi sepert pisau lipat Swiss Army yang dilengkapkan dengan pelbagai jenis mata pisau apabila dipakai untuk memotong dan memusnahkan sesama.
Sikap buruk seperti marah, jengkel, patah semangat dan tidak sabar-bahkan keputusasaan, tertekan, rasa bersalah, dan rasa tidak aman-semuanya menyumbang kepada kata-kata kita yang menyumbang kepada kata-kata kita yang merosakkan. Semasa kita menikam hati orang dengan kata-kata, kita melukai dan merosakkan persahabatan serta perhubungan. Tidak hairanlah tujuh perkara yang menjadi kebencian Tuhan merangkumi
"orang yang menyebabkan perkelahian antara sahabat" (Amsal 6:16-19).
Bagaimanakah kita menghindarkan diri daripada senarai tersebut?
Sebagai permulaan, kita perlu menjaga apa yang kita ucapkan. Umpatan dan fitnah tidak boleh diucapkan, dan kata-kata yang menyakiti dan tidak memberi kesembuhan tidak boleh diterima. kata-kata angkuh, dusta, dan semua cara yang kita gunakan untuk melukai dan membawa perpecahan harus juga dibuang. sebaliknya,
kata-kata yang menyalurkan kasih dan kuasa penyembuhan daripada pengampunan, belas kasihan, serta kebenaran harus menguasai pertuturan dan perhubungan kita. Lagipun, di manakah kita sekiranya Yesus tidak mengungkapkan kata-kata pengampunan yang penuh kasih dan rahmat kepada kita?
Oleh itu buanglah "PISAU @ KNIFE" tersebut dan gunakan kata-kata kita untuk menolong dan memberi kesembuhan.
Tanpa sedar atau dengan sedar, rasanya sikap buruk yang tersenarai tu sebahagian besar ada dengan saya. saya menyesal dengan sikap diri saya....saya mohon agar Tuhan hadir dan membantu menguatkan saya agar dapat melakukan perubahan sedikit demi sedikit....kepada sesiapa yang saya pernah sakiti hatinya dengan mulut ini, sya mohon banyak-banyak kemaafan, doakanlah saya agar mampu berubah...Amen....
Tuhan menteraikanlah mulutku,
Tolonglah saya menjaga dengan sungguh
kata-kata yang saya ucapkan berkali-kali;
Hai lidahku, berwaspadalah!
"Kata-kata kita mempunyai kuasa untuk membina atau meruntuhkan."
No comments:
Post a Comment