Suatu
malam, seorang wanita sedang menunggu penerbangan d ruang menunggu. Dia
mempunyai beberapa jam sebelum masa berlepasnya tiba. Untuk mengisi waktunya,
dia membeli buku dan sebungkus biskut di sebuah kedai di dalam lapangan
terbang, lalu mencari tempat duduk.
Sambil
duduk wanita tersebut memakan biskut yang baru dibelinya. Dalam keasyikan, dia
melihat seorang lelaki di sebelahnya dengan begitu berani mengambil satu demi
satu biskut yang berada di tengah-tengah antara tempat duduk mereka berdua.
Wanita
tersebut cuba mengabaikan agar tidak timbul kekecohan. Dia membaca sambil
memakan biskut dan melihat jam di tangannya. Sementara si “pencuri biskut” yang
berani itu menghabiskan biskutnya.
Waktu
berlalu dan wanita itu semakin kesal. Wanita itu sempat berfikir, “kalau saya
bukan orang baik, sudah tentu saya marah dia di depan semua orang”.
Setiap
dia mengambil satu biskut, si lelaki itu juga mengambilnya. Wanita itu menghela
nafas lega saat penerbangannya diumumkan, dan ia segera mengumpul barang-barang
miliknya dan menuju ke pintu berlepas.
Ia
naik pesawat dan duduk di kerusinya, lalu mencari buku yang hampir selesai
dibacanya. Saat dia menyelongkar begnya, ia menarik nafas kerana terkejut. Ternyata
di dalm begnya ada bungkusan biskut yang dibelinya. “aik, biskut saya ada di
sini, jadi biskut yang tadi sya makan milik siapa? Milik lelaki itu?
Aduh,
sudah terlambat untuk meminta maaf. Dia tersandar dan berasa sedih. Sesungguhnya
sayalah yang bersalah dalam hal ini, tidak tahu berterima kasih dan ternyata
sayalah “pencuri biskut” itu.
kisah
pencuri biskut seperti tadi sering terjadi di dalam hidup kita. Kita sering
berprasangka dan melihat orang lain dengan kaca mata kita sendiri, dan jarang
sekali berprasangka baik. Orang lainlah yang selalu bersalah, orang lain patut
disingkirkan, orang lain yang tdk tahu diri, orang lain yang berdosa, orang
lain yang selalu buat masalah.
Kita
sering mengalami hal di atas, kita sering berfikir bahawa kita paling benar,
kita paling suci, kita paling tinggi, kita paling pintar.
Sejak
detik ini, bolehkah kita memulai untuk rendah hati? Dan tidak lagi menjadi “pencuri
biskut” yang teriak “pencuri” kepada orang lain.