Friday, June 22, 2012

Hidup Bebas dari ketakutan

Shallom semua,
Pagi-pagi ini seawal jam 2.00 pagi kami dikejutkan dengan kejadian rompakan di rumah jiran sebelah. Hal ni membuat saya berasa cemas,takut dan macam-macam lagi. Menurut saudara dekat jiran kami , pasangan suami isteri jiran kami tu diikat dengan hangar dan diugut dengan senjata tajam....mereka berkumpulan iaitu seramai 4 orang dan semuanya bertopeng. Dalam hati sempat terdetik"syukur perompak tu tidak memilih kami", namun sebenarnya hal ini mengundang kerisauan dan kebimbangan dalam diri keluarga saya, tambahan pula dengan adanya si kecil kami Oliver....kita tidak tahu akan apa yang terjadi di masa hadapan, sebarang kemungkinan itu ada.... tidak apalah kalau hilang harta benda, asal jangan kehilangan orang yang kami sayang. 

Hidup dalam ketakutan itu wajar kerana kita ini manusia yang tidak dapat melihat masa depan.... Namun saya ditegur dengan firman Tuhan bahawa sebenarnya manusia dapat keluar daripada ketakutan-ketakutann di dunia. Firman Tuhan itu terdapat di dalam Mazmur 91:1-3, 

"Orang yang duduk dalam lindungan Yang Mahatinggi dan bermalam dalam naungan Yang Mahakuasa akan berkata kepada TUHAN: "Tempat perlindunganku dan kubu pertahananku, Allahku, yang kupercayai." Sungguh, Dialah yang akan melepaskan engkau dari jerat penangkap burung, dari penyakit sampar yang busuk."
Firman Tuhan dengan jelas mengatakan bahawa manusia dapat keluar dari ketakutan dengan adanya perlindungan daripada Tuhan. Hanya Tuhanlah sumber ketenangan dan keselamatan kita. Tidak ada satu pun seperti Tuhan. Namun janji perlindungan ini tidak dapat dinikmati oleh semua orang. Hanya orang-orang yang tinggal di dalam Tuhan saja dapat menerimanya. Tinggal bererti menghuni dan terus menetap. Bermalam dalam naungan yang Mahakuasa ialah hidup dalam kesatuan dan mempunyai relasi yang rapat dengan Tuhan, memelihara firmannya dan mendengar suara Tuhan. Mereka yang tinggal di dalam Tuhan dapat hidup tanpa rasa takut terhadap tindakan yang dilakukan oleh iblis dan kuasa-kuasa jahat. Saya juga ditegur lewat firman ini bahawa janji perlindungan Tuhan tidak menjamin bahawa iblis tidak mengganggu kita, tetapi itu akan memberi jalan keluar setiap iblis muncul di depan kita. 


Jika hari-hari ini Anda merasa takut akan bahaya di sekitar, luangkanlah lebih banyak waktu membaca firman dan berdoa sampai iman Anda kepada Tuhan mengatasi ketakutan Anda. Ingatlah bahwa betapa pun berbahaya dunia ini ke depannya, Dia pasti akan membebaskan Anda!

Hidup yang kita jalani di dunia ini akan terasa nyaman bila bersama dengan Yesus.

No comments:

Post a Comment