Roma 8: 28 ~ Kita tahu sekarang bahawa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu begi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah.
Ungkapan "Melibatkan Tuhan" pastinya tidak asing lagi bagi orang yang percaya. ' Melibatkan Allah dalam segala perkara termsuklah dalam hal rumah tangga, pekerjaan, pelajaran, kewangan dan banyak hal lagi tidak kira hal kecil mahupun yang besar. Apakah ertinya? pasti kita berharap supaya Tuhan bekerja dan campur tangan dalam setiap aspek kehidupan kita bukan? Namu, cuba kita renungkan sekejap, siapakah yang aktif melibatkan dan siapakah yang pasif dilibatkan?
Seringkali yang terjadi adalah sebaliknya. Ada kesan bahwa Tuhan menjadi pihak yang pasif, menunggu giliran untuk bertindak. Itu pun kalau kita mengizinkan Dia bertindak, padahal sesungguhnya Tuhan berdaulat atas hidup kita. Dia berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya. Kalau bukan atas izin Tuhan, kita tidak dapat melakukan apa pun. kebebasan kita mengambil keputusan hanya ada kerana Dia yang mengizinkan.
Ketika kita ingin 'Melibatkan Dia' dalam setiap langkah hidup kita adalah terbaik jika disertai dengan sikap yang berserah dan patuh. Memutuskan untuk patuh dan taat di bawah kendali Tuhan bergantung sepenuhnya kepada keputusan dan rencana-Nya, dan menantikan apa yang hendak dinyatakan-Nya. kadang tidak semudah yang dibayangkan. Tetapi mari lah belajar bahawa bukan kita lagi yang berhak menentukan apakah Dia boleh turut bekerja atau tidak, tapi meri menyerahkan semuanya kepada Tuhan.
Atas kehendak Tuhan sendiri, Ia selalu terlibat dan aktif bekerja untuk mendatangkan kebaikan bagi orang percaya.